PENGILANGAN

Pengilangan

Prym Consumer Malaysia adalah pembekal utama aksesori jahitan dan kraftangan terkemuka di seluruh dunia. Kejayaan syarikat kini adalah berdasarkan kepada tradisi syarikat yang melangkaui selama 400 tahun.

Lebih daripada 95% produk-produk syarikat dieksport ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Amerika Latin, Afrika, dan Asia dengan lanjutan jualan kepada syarikat-syarikat tempatan yang berada di dalam Zon Perdagangan Bebas atau memiliki status lesen gudang pengilangan. Kumpulan syarikat ini adalah pembekal terbesar produk-produk haberdashery ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Pemprosesan produk dengan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi dan dijamin tahan lama bagi setiap produk. Dari setiap pembuatan dan pemprosesan, nilai standard yang tinggi telah ditetapkan dan terjamin kawalan yang menyeluruh. Prym Consumer Malaysia adalah komited untuk mematuhi garis panduan untuk produk dan alam sekitar pada setiap masa. Ini termasuk peraturan yang berkaitan dengan kandungan bahan yang merbahaya, pembungkusan dan keperluan penglabelan, perlindungan terhadap risiko kanak-kanak atau keperluan reka bentuk eko untuk produk-produk yang menggunakan tenaga. Dengan pelbagai jenama produk dari penggunaan am ke alat-alat kepakaran, ahli-ahli pakar kami sentiasa bersedia untuk memberi nasihat mengenai aplikasi dan fungsi produk-produk mengikut keperluan anda.

Salah satu keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa produk-produk kami sentiasa dioptimumkan. Rangkaian produk Prym ergonomik menggabungkan fungsi maksimum dengan reka bentuk cemerlang untuk memenangi anugerah Red Dot Design yang berprestij pada tahun 2010, 2011, 2012, 2014 dan 2015.