Mengenali Kami

Kumpulan syarikat Prym Consumer adalah pengeluar dan pengedar di dunia yang utama bagi pelbagai produk-produk haberdashery yang berkualiti dan inovatif. Rangkaian sedunia Prym Consumer menawarkan solusi setempat bagi produk-produk jahitan, kraf, quilting, mengait dan aksesori-aksesori pada pakaian bagi memenuhi impian kreatif anda.

Kejayaan syarikat pada hari ini adalah berlandaskan kepada tradisi yang merangkumi lebih daripada 400 tahun di dalam membekal aksesori-aksesori jahitan dan kraftangan yang bermutu tinggi, serta kekal budaya saing dan berkekalan di seluruh dunia.

Prym Consumer Malaysia Sdn. Bhd. adalah bertanggungjawab ke atas pengilangan dan pengedaran produk-produk hard dan soft haberdashery di Asia dan Australasia.  Ditubuhkan di Melaka sejak lebih 44 tahun dahulu, ianya tertumpu kepada pengeluaran dan pengedaran berkapasiti tinggi untuk aksesori jahitan dan pembuatan penggunaan isi rumah, kraf dan hobi secara besar-besaran. Contoh produk-produk yang dihasilkan adalah safety pins, straight pins, sew-on press fasteners, pearl headed pins, ball pins, Concorde pins, bra back extenders, braided elastics, snap fasteners tape dan aksesori-aksesori mengait.

Prym Consumer Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas jualan ke negara-negara Asia dan Australasia.

VISI
Menentukan Prym Consumer Malaysia sebagai pilihan kesukaan pelanggan dan pembekal utama untuk produk haberdashery, dengan menumpu perhatian pada kecemerlangan operasi, keberkesanan kos, produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

MISI
Membekalkan produk dan perkhidmatan kami

  1. Menerusi pemasaran yang inovatif.
  2. Menumpukan kepada Pengurusan Rantaian Bekalan untuk mencapai operasi dan perkhidmatan yang cekap.
  3. Menerapkan amalan-amalan perkilangan dan kaedah operasi yang terbaik

TERAS PRINSIP PENGURUSAN/ NILAI-NILAI
Prinsip pengurusan dan nilai-nilai Prym Consumer Malaysia Sdn. Bhd. adalah

  1. Kemajuan yang berterusan
  2. Cabaran positif
  3. Saling menghormati
  4. Kerja berpasukan
  5. Integriti
  6. Kreativiti dan inovasi
  7. Kepantasan kerja/ tindakan segera
  8. Bekerja dengan kesungguhan dan bersemangat
  9. Komitmen, Bertanggungjawab, mengambil Tanggungjawab

Jenama

Prym Consumer Malaysia mempunyai rangkaian yang luas bagi produk-produk buatan sendiri (DIY) untuk jahitan, quilting, perhiasan rumah dan kraftangan.  Keseluruhan jenama produk kami dapat meningkatkan kualiti, inovasi dan produk kegunaan isi rumah.

JENAMA

PRODUK

“Prym” adalah salah satu jenama terbesar di dunia bagi produk-produk safety pins, straight pins, sew-on press fasteners, pearl headed pins, ball pins, Concorde pins, bra back extenders, braided elastics, snap fasteners tape disamping produk-produk jahitan lain seperti kraf menggunakan jarum dan mengait, aksesori isi rumah dan pakaian.  Menghasilkan ciptaan yang sempurna untuk projek jahitan, kraf dan quilting.

Mempunyai pelbagai koleksi produk buatan sendiri (DIY) yang mudah digunakan untuk menghasilkan pakaian dan aksesori wanita, lelaki dan kanak-kanak.  Juga terdiri daripada rangkaian besar pelbagai rotary cutters, pembaris dan tikar yang berkualiti tinggi bagi memotong dan menjahit kain.

Pelbagai ciptaan yang berwarna-warni dan menarik yang boleh digubah menjadi pakaian kanak-kanak, kasut, alat permainan lembut dan elastik berwarna.

Kain yang dibuat dengan impian yang kreatif.

Koleksi menarik dari fabrik dan aksesori matching buttons, press and zip fasteners, handmade pins, appliqués dan bows yang melengkapkan pelbagai bentuk seperti Burung Hantu, Hati, Bintang, Burung dan Gajah iaitu lima motif bertema terkini dan bergaya bagi memberi inspirasi kepada jahitan dan hiasan.

Pelbagai produk inovatif dan unik seperti kasut dan beg untuk kegunaan kanak-kanak dan orang dewasa.  Rangkaian produk ini merangkumi semua yang diperlukan untuk membuat kasut  yang terdiri daripada tapak kaki; kain kasut luaran berfesyen dan kain lapisan dalaman; benang; kerja-kerja jahitan dan aksesori jahitan. Espadrilles adalah projek jahitan mudah – anda boleh membuat sepasang kasut di dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Babyville Boutique adalah koleksi produk buatan sendiri (DIY) yang boleh digunakan untuk membuat pakaian, aksesori serta hiasan bilik bayi dan kanak-kanak.  Samada untuk menjahit lampin bayi atau secara keseronokan menjahit aksesori jahitan yang menarik untuk bayi, keluarga, haiwan kesayangan, rakan-rakan dan diri anda, Babyville berupaya untuk berfungsi sebagai produk yang kreatif dan bersesuaian.

Ciri-Ciri Babyville Boutique:

  • Cetakan menarik dan padat dengan fabrik PUL – fabrik kalis air yang sesuai untuk jahitan kain lampin, keperluan bayi, projek haiwan peliharaan, peralatan luar dan lain-lain bagi kegunaan rumah atau asrama.
  • Untuk fungsi kegunaan atau reka bentuk, gunakan Fold Over Elastics kami. Pelbagai pilihan dari rangkaian lengkap berwarna-warni, cetakan, corak yang cantik dan rekaan yang kontemporari.
  • Mudah ditutup dengan menggunakan butang ketap resin poli atau tab bergelung dan bercangkuk yang berwarna-warni.
  • Label yang menarik dengan pelapik yang diseterika menambah watak istimewa kepada pakaian couture bayi dan haiwan kesayangan anda.